Merupakan tarian tradisi semua Orang Asli yang ditarikan oleh 18 orang penari lelaki
dan perempuan atau lebih yang akan diketuai oleh seorang lelaki yang berusia
yang bertindak sebagai penyanyi utama.
Penari yang lain akan mengulangi baris nyanyian penyanyi
utama dan bergerak sambil menghentakkan kaki ke lantai. Semasa menari,
mereka akan diiringi alat muzik tradisional yang dinamakan Buluh Cetong yang dihentak
di atas kayu beluti oleh lima wanita di belakang. Tarian ini biasanya ditarikan untuk upacara tradisi
dan juga untuk pesta-pesta keramaian. Jika ditarikan di upacara bersunat, tarian ini dinamakan Tarian Ajok.
Semasa menari mereka akan memakai hiasan yang diperbuat dari pucuk kelapa di mana sesudah menari,
hiasan ini akan dikeringkan dan kemudian dibuang jauh dari tempat laluan orang.
Adalah menjadi pantang hiasan ini dilangkahi atau dibakar. Sekiranya berlaku dipercayai orang yang
melakukannya akan menjadi gila atau jatuh sakit.
0 comments:
Post a Comment